Mengucapkan salam, “Assalamualaikum” sesama orang Islam antara amalan yang sangat dituntut serta mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hak seorang Muslim atas saudaranya yang Muslim ada enam iaitu apabila kamu bertemu dengannya ucapkanlah salam.” (Hadis riwayat Muslim). Firman Allah: "Dan jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapatkan izin. Dan jika dikatakan kepadamu, kembalilah! Maka (hendaklah) kamu kembali. Itu lebih suci bagimu, Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (surah An-Nur : ayat 27)


Comments