Jika kita melakukan kesilapan terhadap orang lain, segeralah memohon kemaafan dari mereka, kerana sesungguhnya perbuatan yang menyakiti hati orang lain, boleh menyebabkan ‘pintu hitam’ terbuka dalam perhubungan kita sesama manusia.kita tidak tahu bila Ajal akan menjelma menjemput kelak. Begitu juga sebaliknya, kadang bukan mudah untuk memberikan kemaafan, ada juga yang mengatakan tidak akan memaafkan sampai bila-bila dan ada juga yang memberi maaf tapi masih tetap sama. Allah s.w.t berfirman: "Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (iaitu) oarng yang berinfak,baik di waktu lapang mahupun sempit,dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat baik. (surah Ali Imran :ayat 133-134)


Comments