Skip to main content
Disebut dalam Kitab Sahih Muslim: ” Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhu, lalu dia membasuh mukanya maka keluarlah dari mukanya segala dosa kerana penglihatan matanya bersama dengan air atau bersama titisan air yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya maka keluarlah dari kedua tangannya segala dosa kerana perbuatan kedua tangannya bersama dengan air atau bersama titisan air yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya maka keluarlah dari kedua kakinya segala dosa yang ditempuh oleh kedua kakinya bersama dengan air atau bersama titisan air yang terakhir sehingga ia keluar dalam keadaan bersih dari segala dosa. Allah Berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai kedua mata kaki. Jika kamu junub maka mandilah. Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan , maka bertayamunlah dengan debu yang baik (suci), usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkankan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur. (surah Al' Ma'idah :ayat 6)
Comments
Post a Comment