Lidah yang dikurniakan oleh Allah untuk kita berkata dengan baik, menyampaikan sesuatu perkara dengan baik dan menyebarkan ilmu dengan baik. Lidah yang dikurniakan itu bukan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak ketahui. kerana pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya." (surah Al-Isra’: ayat 36)


Comments