ISTIGHFAR - "Astaghfirullah"

Dengan berzikir Allah mendengar doa hamba-Nya

Suatu malam Imam Ahmad bin Hambali tidak tahu 
kenapa hatinya ingin sekali pergi keluar kota.
Padahal tidak ada janji dengan sesiapa.
Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri
Begitu selesai solat ishak  Imam Ahmad  ingin tidur dimasjid,
tiba-tiba Marbot(penjaga masjid) datang menemui 
Imam Ahmad  sambil bertanya "tuan buat apa disini"
Marbot tidak tahu beliau Imam Ahmad, 
kerana Imam Ahmad tidak memperkenalkan dirinya.

Di Baghdad, orang tidak tahu Imam Ahmad,
seorang ulama besar & dan ahli hadits, sangat soleh & zuhud.
Di zaman itu tidak ada gambar, orang tidak tahu wajahnya,
cuma nama Imam Ahmad sudah terkenal.
Imam Ahmad menjawap  "saya ingin berehat disini sebentar, saya musafir"
Marbot menjawap "tidak boleh"
Imam Ahmad disuruh keluar dari masjid.
Lalu Imam Ahmad keluar dari masjid dan baring di luar masjid,
Marbot datang lagi dan berkata "kenapa disini lagi tuan" kata marbot,
"hendak tido disini saya musafir" kata Imam Ahmad...
lalu marbot berkata "diluar masjid ini juga tidak boleh" Imam Ahmad diusir.

Disimpang masjid ada seorang penjual roti.
Ketika Imam Ahmad sampai dijalan,
penjual roti itu memanggil dari jauh "tuan...mari tuan berehat ditempat saya"
Imam Ahmad masuk kerumah penjual roti.
Penjual roti ini ada sifat yang istemewa, kalau Imam Ahmad ajak bicara,
dijawapnya, kalau tidak, dia selalu ber-ISTIGHFAR (Astaghfirullah).
Saat memberi garam, ia Astaghfirullah, 
saat memecahkan telur, ia Astaghfirullah, 
saat mencampurkan gandum ia Astaghfirullah.
Dia sentiasa ber-Istighfar.

Imam Ahmad bertanya "sudah berapa lama kamu ber-Istighfar,
orang itu menjawap "sudah 30tahun tuan",
Imam Ahmad bertanya lagi "apa hasil dari perbuatan ini?"
penjual roti itu menjawap "selalu yang saya minta Allah makbulkan".
Penjual roti itu bicara lagi, "semua dikabulkan Allah kecuali satu".
Imam Ahmad ingin tahu dan terus bertanya, "apa itu?"
Jawap penjual roti itu, 
"Saya Minta Kepada Allah Supaya Dipertemukan Dengan Imam Ahmad bin Hambali".
Seketika itu juga Imam Ahmad bertakbir "AllahuAkhbar..."
Allah telah mendatangkan saya dari jauh ternyata kerana *ISTIGHFARMU*.
Penjual roti itu bersyukur kepada Allah "Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah"
ternyata dihadapannya adalah Imam Ahmad.
(Kitab Manakib Imam Ahmad)



Comments