Berpegang Teguh Kepada Al-Quran
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ذَٟلِكَ ٱلۡكِتَـٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُديٙ لِلۡمُتَّقِين
ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ
وٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡءَاخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ
أُو۟لَـٰٓيِٕكَ عَلَيٰ هُدٙي مِّن رَّبِّهِمۡ وأُو۟لَـٰٓيِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya);
ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan
(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu
(Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu,
serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan
merekalah orang-orang yang berjaya."
(surah Al-Baqarah ayat 2-5)
Sesungguhnya, Al-Quran adalah undangan dari Allah.
Maka, terimalah undangan itu.
Membaca dan mendengarkan Al-Quran adalah tali
Allah yang kuat, cahaya nan terang, ubat yang penuh teguh kepadanya,
dan keselamatan bagi orang yang mengikuti isinya.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَنُنَزِّلُ مِنَ الۡقُرۡآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحۡمَةٌ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan
(sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim
(disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."
(surah Al-Isra' ayat 82)
Jangan tunggu usia tua untuk taat dan dekat dengan Allah,
kerana usia tidak pernah menjanjikan kepada kita.
Boleh jadi esok , boleh jadi lusa Allah menjemput dengan
tiba-tiba tanpa kita sangka.
Jangan selalu membayangkan kesenangan didunia saja,
simpanlah takwa didalam hati agar diri kita dekat dengan Allah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدۡ جَاءتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمۡ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًي وَرَحۡمَةٌ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ
"Wahai umat manusia!
Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran
yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang
menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu
dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan,
serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."
(surah Yunus ayat 57)
Sesungguhnya, Al-Quran adalah ubat bagi kaum mukmim,
imam bagi mereka yang bertakwa.
Sesiapa mencari hidayah, nescaya dia akan mendapatkannya.
Dan sesiapa yang melawan isinya nescaya
dia akan resah dan tidak tenang selama-lamanya.
Semoga Allah Merahmati Hidup Kita Didunia dan Akhirat.
Aamiin Ya Rabba'alamin.
Comments
Post a Comment