Doa Agar Dipermudahkan Dapat Rezeki Untuk Membayar Hutang
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
ALLAHUMMA INNI A'UDZUBIKA MINAL HAMMI
WAL HAZANI WA A'UDZUBIKA MINAL AJZI WAL KASALI
WA A'UDZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI
WA A'UDZUBIKA MIN GHOLABATIDDAINI WA QOHRIRIJALI.
"Ya Alllah sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau
dari bingung dan sedih,aku berlindung kepada Engkau
dari lemah dan malas,aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir,
dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia."
kata Abu umamah ra.
setelah membaca doa tersebut
Allah berkenan menghilangkan kebingunganku
dan membayarkan lunas semua hutang-hutangku.
(HR.Abu Dawud 4/353)
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
A'udzu bi kalimatillahi taammah min syarri ma kholaq."
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Rasulullah SAW menegur sahabat Muaz bin Jabal.
“Aku tidak melihatmu di masjid semalam," Rasulullah SAW menegur Sayidina Muaz Bin Jabal r.a. selepas selesai berjamaah sholat dzuhur.
"Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak menunaikan sholat semalam.
Saat dalam perjalanan ke masjid, aku telah bertemu dan dikurung oleh seorang Yahudi di rumahnya
dan tidak dibolehkan ke mana-mana" jawab Saidina Muaz.
"Kenapa?" tanya Rasulullah SAW.
"Aku telah banyak berhutang kepadanya," ujar Sayidina Muaz.
"Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan membayar hutang apabila mendapat uang,"
Rasulullah SAW tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Sayidina Muaz dan berkata,
"Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya,
Allah akan meluaskan rezekimu untuk melunasi semua hutangmu,
walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya."
"Mahu..ya Rasulullah,"
jawab Saidina Muaz bersungguh-sungguh.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن
تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Katakanlah (wahai Muhammad):
Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan
dari sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang
Engkau kehendaki dan Engkaulah yang
menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي الْنَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الَمَيَّتَ مِنَ الْحَيِّ
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan
Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam.
Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan
Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang
Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya."
(surah Ali-Imran ayat 26-27)
Rasulullah SAW pun membacakan dua ayat Ali-Imran Ayat 26-27.
Dan Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti,
dan menjadikan ayat tersebut sebagai wirid harian hingga Allah SWT
mengabulkan doanya melunasi hutang dan meluaskan rezeki baginya.
Comments
Post a Comment