BerDoalah walau Berada Di Mana saja...Kita Berdiri Di Bumi Yang Sama...Bismillahirrahmahnirrahim... Allah mewajibkan kita banyak berdoa kepada-Nya, dan menjanjikan serta mengabulkan doa para pendoa. Dan kita wajib meyakini serta jaminan itu, kerana itu janji dan jaminan dari Allah Yang Maha Esa. بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعۡوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلۡيَسۡتَجِيبُوا۟ لِي وَلۡيُؤۡمِنُوا۟ بِي لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (surah Al-Baqarah 186) Aamiin Ya Rabba'alamin.


Comments