Skip to main content
Jangan Lalai Dari Berzikir Zikirlah pagi dan petang pada setiap masa dan waktu, jangan lalai dari mengingati Allah. Menurut Imam Al Ghazali, hanya ada satu amalan yang tidak dibatasi; yaitu ZIKIR. "Subhanallah, Walhamdulillah Walaa ilaha illallah Wallahu akhbar Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil a'ziem." بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم فَإِذَا قَضَيۡتُمُ الصَّلاَةَ فَاذۡكُرُوا۟ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَي جُنُوبِكُمۡ فَإِذَا اطۡمَأۡنَنتُمۡ فَأَقِيمُوا۟ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتۡ عَلَي الۡمُؤۡمِنِينَ كِتَابًا مَّوۡقُوتًا Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (surah An-Nisaa' 103) بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم الَّذِينَ يَذۡكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَيَ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلۡقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَذا بَاطِلاً سُبۡحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (surah Ali-Imran 191)
Comments
Post a Comment