Rasulullah saw mengatakan taubat itu ialah penyesalan. Jika kita hanya beristighfar tetapi kosong dari rasa penyesalan, maka lafaz istighfar yang diwiridkan itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang kesan pada diri dan dosa-dosa kita.tidak dinafikan, bahawa orang yang bertaubat ialah orang yang mendapat kesedaran bahawa dia telah melakukan kesalahan atau maksiat terhadap Allah swt atau terhadap makhluk-Nya. Tidak ada kesedaran melainkan dengan adanya ilmu.Kerana itu tidak dapat tidak, kita (jika benar orang yang beriman) mestilah menuntut ilmu, menghadiri majilis ilmu agama. Dan syarat taubat itu antaranya ialah wujudnya rasa penyesalan atas segala kesalahan, berusaha dan berazam tidak akan mengulanginya, kemudian kita kembali kepada Allah swt memohon keampunan dengan bersungguh-sungguh. Rasulullah saw mengajar kita umatnya supaya mengerjakan Solat Sunat Taubat."


Comments