Posts

Showing posts from April, 2015

Rasulullah saw. bersabda; "Ketahuilah, bahawa dalam tubuh badan itu ada sepotong daging, kiranya ia elok, maka eloklah seluruh tubuh badan itu. Dan kiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badan pula. Iaitu adalah HATI ."

Rasulullah saw bersabda; "Orang yang sentiasa hiba ini dalam bilangan tujuh orang yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat, dimana tiada lindungan yang lain kecuali lindungan Allah azzawajallah saja."Seseorang yang sentiasa menyebut-yebut nama Allah dalam masa lapang, lalu kedua kelopak matanya berlinangan airmata"...............Sabda yang lain; "Setiap mata akan menagis di hari kiamat, melainkan mata yang menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang celik berjaga fi sabilillah"

Rasulullah saw bersabda; "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain enam perkara. Para sahabat bertanya; Apakah dia duhai Rasulullah? Jawap Nabi; Jika kita menemuinya, hendaklah memberi salam. Jika ia mengundangmu, hendaklah memenuhi undangannya. Jika ia minta nasihat, hendaklah menasihatinya. Jika ia bersin sertakan Alhamdulillah, hendaklah mendoakannya, Jika ia sakit, Hendaklah melawatnya, Jika ia Mati, hendaklah turut hantar jenazahnya ke kubur.".......................................................................................................................................................Di antara yang dituntut melakukannya antara Muslim dengan Muslim yang Lain memperbanyak nasihat mengenai urusan agama, membantu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa kepada Allah Ta'ala, serta mengajak untuk berbuat ketaatan terhadap perintah-perintah Tuhan seru sekalian alam.

Rasulullah saw bersabda; "Perumpamaan teman yang soleh, laksa penjual minyak wangi. Sama ada ia akan memberi kita sedikit, atau kita akan membeli daripadanya sedikit, ataupun kita sekurang-kurangnya boleh dapat mencium bau wangi. Dan perumpamaan teman yang kurang baik, laksana tukang besi peniup api. Sama ada ia akan membakar baju kita, ataupun kita mencium bau busuk daripadanya"..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................."Ketahuilah jika kita ingin memilih dalam persahabatan untuk dijadikan sebagai kawan duduk bersamanya dan beramah mesra, serta mengharapkannya untuk membantu urusan dunia dan akhirat,meneliti peribadinya dan mengambil tahu keadaannya. Sekiranya diri sesuai dijadikan teman, maka ambillah sebagai teman.Jika tidak sesuai tinggalkan sahaja. Sebab bukan semua orang sesuai dijadikan teman dan sahabat. Kerana hidup ini perlu berhati-hati untuk berteman.

Mencintai Allah Kerana Allah....Rasulullah saw bersabda; "Allah telah berfirman; Pasti mendapat kecintaan-Ku bagi dua orang yang saling sayang-menyayangi kerana-Ku, dua orang yang duduk bersama-sama kerana-Ku, dan dua orang yang tolong-menolong kerana-Ku. "Berfirman Allah Ta'ala di hari kiamat; Mana dia orang-orang yang bercinta-cintaan kerana keagungan-Ku. Hari inilah Aku akan menauangi mereka di bawah naungan-Ku; iaitu yang tiada naungan selain naungan-Ku."

Bismillahirrahmanirrahim...

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasulullah saw. bersabda "Sebaik-baik rumahtangga muslim ialah yang di dalamnya ada anak yatim yang dilayani dengan baik" (HR. Ibnu Majah)

Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Bahwa Rasulullah saw. bersabda : “ Barangsiapa menaatiku maka ia telah menaati Allah, dan barangsiapa menentangku maka ia telah menentang Allah. Dan barangsiapa menaati amir (pemimpin)ku maka ia telah menaatiku, dan barangsiapa menetang amirku maka ia telah menentangku ” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat. Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (surah Ali-Imran 132-133)